Sudah
sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang
merupakan salah satu bangunan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai
teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam
pembangunan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar
yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di
zamannya. Apakah rahasia di sebalik pembangunan piramid ini?
Harian
Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifis
yang mengabarkan bahwa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membangun
piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk
membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk
batuan keras yang sukar dibedakan dengan batu asalnya.
Al-Quran pun Telah Mempunyai informasi :
Jika
dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah menjelaskan perkara ini 1400
tahun silam sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al
Quran yang berikut:
ttA$s%ur ãböqtãöÏù $ygr'¯»t _|yJø9$# $tB àMôJÎ=tã Nà6s9 ô`ÏiB >m»s9Î) Îöxî ôÏ%÷rr'sù Í< ß`»yJ»yg»t n?tã ÈûüÏeÜ9$# @yèô_$$sù Ík< $[m÷|À þÌj?yè©9 ßìÎ=©Ûr& #n<Î) Ïm»s9Î) 4yqãB ÎoTÎ)ur ¼çmZàßV{ ÆÏB tûüÎ/É»s3ø9$# ÇÌÑÈ
Dan
Fir’aun berkata: Hai kaumku, aku tidak mengetahu Tuhan bagimu selain aku. Maka
bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang
tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, aku yakin bahwa sesungguhnya
Dia benar-benar dari orang-orang pendusta (Al-Qasas:83)
Para
saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam
memproses tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah
sangat misteri jika dilihat dari spesifikasi batu yang mereka tinggalkan.
Profesor
Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar
di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu asli dan batu-batu
yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Artikel
kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society”
menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen
yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk
mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun
menggunakan batu asli.
Lumpur
tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan air garam dan
ini akan menghasilkan terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu
dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya
lumpur yang sudah diaduk mengikut ukuran yang dikehendaki tersebut dibakar,
lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor
Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan
analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.
Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama
ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk
membedakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya,
seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban
dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata,
“Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah
saya yakin bahwa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah
liat.”
Piramid Bosnia
Penemuan
oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa
kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid
Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari
tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa
lalu.
Gambar
di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali
sejak ribuan tahun yang lalu dalam teknologi yang berbeda baik Roma ataupun
Firaun.
Bukti-bukti
dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahwa bangunan bangunan raksasa,
patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam teknologi canggih
zaman dahulu, juga dibuat dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang
menjelaskan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, maupun
Perancis.
Kita
tahu bahwa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat
piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun,
terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada
satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahasia
piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah
liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun
kebelakangan ini.
Ajaib,
1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya
Dinasti Firaun memberitahu bahwa Firaun membina monumen yang kini dikenali
sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan
ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah
berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang
menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi
Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat
ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Sumber: http://forum.viva.co.id/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar